Resell Right

Bagaimana Anda Boleh Menjual Semula Pakej Minisite Blogger (Reseller Right) & Ambil 100% Hasil Jualan Yang Anda Peroleh

..tanpa perlu bayar apa-apa kepada kami!

Apa yang anda boleh buat dengan Lesen Reseller Right ini?

Lesen Hak Jualan Semula (Reseller Right) pakej Minisite Blogger adalah kaedah anda ‘membeli’ produk Minisite Blogger itu sendiri dan BERKELAYAKAN untuk menjual semula dengan mengambil kesemua hasil jualan produk tersebut (tanpa perlu memberi apa-apa imbuhan atau hasil jualan kepada pemilik sebenar Minisite Blogger).

Dengan adanya lesen Reseller Right ini (hak jualan semula), anda boleh menjual secara terbuka mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam lesen Reseller Right tersebut. Ini menjadikan anda seorang pengedar yang sah untuk menjual semula pakej Minisite Blogger tanpa perlu menjual melalui link Affiliate. Pendek kata, anda jual semula, semua hasil jualan adalah milik anda.

Yang bestnya, anda beli lesen Reseller Right ini hanya SEKALI sahaja. Tetapi, anda boleh menjual semula pakej Minisite Blogger ini berkali-kali sehingga anda tidak mahu menjualkannya semula (atau jual secara automatik).

Dan, semua hasil jualan adalah HAK MILIK ANDA sepenuhnya!

Syarat-syarat Lesen Reseller Right pakej Minisite Blogger

Sebagai pemilik Lesen Reseller Right untuk produk ini, terdapat perkara yang BOLEH dan TIDAK BOLEH anda buat apabila memiliki lesen hak jualan semula pakej Minisite Blogger ini. Sila patuhi syarat yang telah ditetapkan.

Jika kami mendapat maklumat tentang penyalahgunaan lesen hak jualan semula ini, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap anda.

Berikut adalah perkara yang BOLEH anda lakukan dengan lesen Reseller Right ini:

1. BOLEH DIJUAL SEMULA

Harga jualan tidak boleh kurang daripada RM25 (untuk produk utama) dan RM30 (untuk produk utama + tawaran OTO). Ini mengelakkan daripada berlakunya perang harga murah dan mengekalkan nilai produk. Jika mahu menjual dengan harga lebih tinggi sedikit, cadangan harga di antara RM50 sehingga RM75. Itu pun anda mesti menambahnya dengan bonus atau produk percuma yang lain.

Aktiviti jual-beli HANYA boleh dilakukan melalui laman web jualan anda (mempunyai domain dan hosting). Bukan melalui mana-mana Affiliate marketplace seperti laman web Klikjer.com (kecuali anda adalah pemilik marketplace tersebut).

Jika mahu menjual di laman lelongan, jualan pakej Minisite Blogger perlu menggunakan konsep BUY NOW dan bukannya Bidding. Harga jualan minimum RM25.

2. BOLEH DIJADIKAN BONUS

Pakej Minisite Blogger ini boleh ditawarkan sebagai produk bonus untuk produk Affiliate yang sedang anda promosi sekarang ini, dengan syarat harga produk Affiliate tersebut hendaklah melebihi RM60.

Anda juga boleh gabungkan pakej Minisite Blogger ini atau jadikan pakej ini sebagai bonus untuk produk yang anda sedang jual sekarang juga. Dengan syarat, harga jualan produk anda itu melebihi nilai RM60.

3. BOLEH DIJADIKAN PRODUK FIZIKAL

Jika anda mahu jual secara fizikal (seperti dalam versi DVD atau CD), cadangan harga tidak boleh kurang daripada harga RM50.

4. BOLEH TUKAR GRAFIK

Anda dibenarkan untuk menukar grafik pakej Minisite Blogger ini selagi mengekalkan TAJUK PRODUK & HAK CIPTA PRODUK.

Manakala, ini pula perkara yang anda TIDAK BOLEH lakukan ke atas lesen Reseller Right ini:

1. TIDAK BOLEH MENGUBAH HAK CIPTA PRODUK

Anda tidak mengubah hak cipta produk dengan mengatakan pakej Minisite Blogger ini adalah hasil produk anda sendiri. Produk ini dilindungi oleh Hak Cipta Terpelihara daripada penerbit asal iaitu Lee Hup Boon dan syarikat EMATIK NETWORK.

2. TIDAK BOLEH TUKAR TAJUK PRODUK

Anda tidak mempunyai hak untuk menukar tajuk produk ini sesuka hati. Ini mengelakkan kekeliruan kepada bakal pelanggan anda pada masa akan datang.

Anda hanya dibenarkan untuk menukar grafik produk. Tetapi, anda TIDAK BOLEH mengubah tajuk berserta sub-tajuk produk ini.

3. TIDAK BOLEH DIBERI PERCUMA

Anda dilarang untuk memberikan pakej Minisite Blogger ini secara percuma. Produk ini adalah produk berbayar. Jika pelanggan anda mahu keseluruhan produk, atau sebahagian produk, atau mana-mana bahagian (termasuk fail sokongan yang telah disediakan), mereka perlu mendapatkannya dengan harga jualan yang telah ditetapkan di dalam lesen Reseller Right ini.

4. TIDAK BOLEH DIPAKEJ & DIJUAL BORONG (BUNDLE)

Anda tidak boleh menjual semula produk ini dengan cara mempakejkan produk Minisite Blogger dengan produk Reseller Right yang lain. Ia WAJIB dijual secara ‘Stand alone’ atau hanya dijadikan bonus kepada produk ciptaan anda sendiri sahaja yang memenuhi syarat harga yang telah ditetapkan.

5. TIDAK BOLEH MENIRU, MENYALIN DAN MENYEBAR

Mengikut undang-undang Akta Hak Cipta 1987, anda tidak dibenarkan untuk meniru atau menyalin ulang mana-mana bahagian isi kandungan di dalam produk ini sama ada kandungan ebook, video, audio, ayat jualan dan sebagainya tanpa kebenaran penerbit. Anda juga tidak dibenarkan menyebar mana-mana bahagian dalam produk ini walau dengan apa juga sekalipun.

6. TIDAK BOLEH MENJUAL PRODUK BERSERTA LESEN RESELLER RIGHT

Anda tidak dibenarkan untuk menjual pakej Minisite Blogger ini berserta lesen hak jualan semulanya sekali. Anda hanya dibenarkan untuk menjual semula pakej Minisite Blogger ini sahaja.

Sekiranya pelanggan anda berminat mahu menjadi salah seorang pengedar seperti anda, mereka perlu membeli secara terus kepada pemilik produk pakej Minisite Blogger ini, iaitu Lee Hup Boon atau syarikatnya Ematik Network.

Kenapa perlu dapatkan lesen Hak Jualan Semula (Reseller Right) sekarang?

Berikan saya 90 saat untuk ceritakan kepada anda kenapa perlu dapatkan lesen Hak Jualan Semula (Reseller Right) pakej Minisite Blogger ini:

Sebab #1 – Produk Evergreen

Panduan membina Minisite adalah panduan yang sentiasa dicari orang. Dengan kata lain, panduan membina Minisite adalah produk permintaan sepanjang masa. Dengan adanya lesen hak jualan semula, anda dapat menjual produk Minisite Blogger ini apabila terdapat permintaan di dalam pasaran.

Orang cari panduan bina Minisite untuk buat webjualan, promosi produk Affiliate, kumpul database/mailing-list, promosi produk sendiri, buat blog sambil jual produk, dan tempat pemilik produk mencari ejen untuk produknya. Jadi, terdapat banyak potensi pelanggan yang akan membeli pakej Minisite Blogger ini.

Sebab #2 – Produk permintaan

Dengan memiliki lesen Hak Jualan Semula, anda boleh menjual kepada ramai potensi pelanggan. Antaranya, anda boleh jual kepada newbie bisnes online, blogger, pemilik produk, orang yang mempromosikan produk Affiliate, orang yang mahu menjual produk sendiri (tak kira produk fizikal, produk digital atau menawarkan servis), dan orang yang mahu buat Minisite dengan kos di bawah RM50.

Jadi, pakej Minisite Blogger adalah produk permintaan!

Sebab #3 – Jimat masa buat produk

Bagi yang biasa buat produk sendiri, anda mesti tahu berapa lama perlu menyiapkan produk tepat pada masanya. Itu belum kira lagi, produk dah siap, tetapi jualan tidak banyak seperti mana tenaga atau masa yang telah kita keluarkan untuk siapkan produk tersebut. Rasa tidak berbaloi sangat!

Jadi, apabila anda sudah mendapatkan lesen Hak Jualan Semula pakej Minisite Blogger ini, anda sudah jimat masa dan tenaga untuk buat produk. Jualan pun banyak, sebab sudah terbukti berkesan dan membantu menyelesaikan masalah pelanggan!

Potensi income yang terhasil apabila berjaya menjual semula pakej Minisite Blogger

Mari kita kira berapa banyak potensi income yang anda boleh dapat apabila mula menjual semula pakej Minisite Blogger ini (dengan harga jualan minimum RM30):

  1. Katakan anda berjaya menjual 1 unit setiap hari, potensi pendapatan dalam masa sebulan adalah sebanyak RM900.
  2. Katakan anda berjaya menjual 2 unit setiap hari, potensi pendapatan dalam masa sebulan adalah sebanyak RM1,800.
  3. Katakan anda berjaya menjual 3 unit setiap hari, potensi pendapatan dalam masa sebulan adalah sebanyak RM2,700.

Saya berani jamin anda berjaya menghasilkan jualan kerana produk yang mempunyai permintaan dan disertakan sekali Tool Kit Marketing untuk mempromosikan pakej Minisite Blogger.

Jadi, anda tidak perlu risau. Guna sahaja bahan pemasaran yang telah saya sertakan sekali di dalam lesen Reseller Right Minisite Blogger ini nanti.


statistik jualan

Apa yang akan anda dapat apabila membeli pakej Minisite Blogger ini?

Sebagai pembeli lesen Hak Jualan Semula (Reseller Right) pakej Minisite Blogger, anda akan disediakan segala keperluan untuk memasarkan produk Minisite Blogger ini. Dari segi ayat iklan, ayat promosi, strategi untuk menjual Minisite Blogger akan saya berikan sekali.

Jadi, anda tidak perlu pening-pening kepala memikirkan cara untuk memasarkan produk Minisite Blogger ini. Ikut sahaja segala panduan yang telah saya berikan kepada anda. Antara bahan marketing yang akan saya berikan adalah:

  1. Template webjualan untuk mempromosikan Minisite Blogger (WordPress) – minisite dan download page (hanya perlu ‘plug and play’ sahaja).
  2. Bahan promosi seperti artikel, email follow-up, sample percuma dan produk utama (Minisite Blogger)
  3. Support dan khidmat nasihat secara peribadi dari saya.

Kami bantu anda sehingga berjaya membuat jualan minimum 1 unit sehari dalam masa 30 hari!

Dapatkan lesen Hak Jualan Semula (Reseller Right) Minisite Blogger pada hari ini juga!

Takmau cakap banyak.. saya tahu anda sudah tidak sabar untuk mendapatkan lesen Hak Jualan Semula (Reseller Right) untuk produk Minisite Blogger ini..

Cuba lihat pakej yang kami sediakan di bawah ini. Anda boleh pilih sama ada untuk setup sendiri webjualan Minisite Blogger anda, ataupun kami bantu setup webjualan untuk anda:

Pakej #1 : BASIC Reseller Right Minisite Blogger

Pakej ini sesuai untuk Internet Marketer yang sudah berpengalaman dan mampu untuk membuat webjualan sendiri. Kami hanya sediakan bahan, anda buat sendiri.


HANYA RM99 SAHAJA!


Pakej #2 : ADD-ON Reseller Right Minisite Blogger

Pakej ini sesuai untuk newbie yang baru memulakan bisnes online. Kami bantu anda setup webjualan dari mula; bina minisite, hingga download page.

Antara bonus yang terkanding dalam pakej ADD-ON:

  1. Domain TLD 1 tahun
  2. Web-hosting 1 tahun
  3. Download page
  4. Setup page jualan
  5. Life time support

Sebaik sahaja webjualan ini siap, anda boleh terus mempromosikan pakej Minisite Blogger dan mengaut 100% hasil jualan produk ini. Saya cadangkan kepada anda supaya mengambil Pakej #2 jika anda seorang newbie. Lebih mudah dan cepat!


HANYA RM299 SAHAJA!

Ikhlas,


Boon Lee

Pengasas Reseller Right Minisite Blogger

PS: Rebut peluang buat pendapatan tambahan dengan menjadi pengedar produk Minisite Blogger yang sah. Dapatkan lesen Hak Jualan Semula (Reseller Right) pakej Minisite Blogger sekarang juga!

PSS: Jika anda mempunyai masalah berkenaan dengan lesen Reseller Right Minisite Blogger atau sewaktu membuat pembayaran (atau pengesahan), boleh emelkan kepada saya dengan menghantar pesanan ke admin@wp2ms.com